Blue Angels
Blue Angels

Blue Angels

Skuadron Demonstrasi Penerbangan Tentera Laut, atau lebih popular dengan nama Blue Angels merupakan sebuah pasukan aerobatik udara milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Blue Angels telah membuat pertunjukkan buat pertama kalinya pada tahun 1946[1] dan secara rasmi merupakan pasukan demonstrasi udara tentera pertama di dunia.[perlu rujukan] Skuadron yang mengandungi enam juruterbang demonstrasi ini menerbangkan pesawat Boeing F/A-18 Hornet dalam lebih 70 pertunjukkan udara di lebih 34 lokasi di serata Amerika Syarikat pada setiap tahun, di mana mereka masih menggunakan praktik dan teknik sama yang digunakan di pertunjukkan udara sejak tahun 1946. Sejak penubuhan mereka, "Blues" telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat yang berbeza untuk lebih daripada 427 juta penonton di seluruh dunia.

Blue Angels

Aktif 24 April, 1946 sehingga kini
Pejuang 10 - F/A-18A Hornet (satu tempat duduk)
2 - F/A-18B Hornet (dua tempat duduk)
*Nota - empat pesawat simpanan
Pengangkut 1 - C-130T Hercules
Cawangan Tentera Laut Amerika Syarikat
Simbolpengenalan
Warna Biru "Blue Angel"
Kuning "Insignia"
Peranan Pasukan demonstrasi penerbangan aerobatik
Saiz 110 orang pegawai tentera laut dan kor marin berserta
45 anggota lain-lain pangkat semasa pertunjukkan
Negara Amerika Syarikat
Garison/HQ NAS Pensacola
NAF El Centro (lapangan terbang musim sejuk)